" F l o w e r "

Daie Matured

Assalamualaikum


"kamu mengaku kamu beriman sedangkan kamu belum diuji?"

nice to know you





dia sahabat teristimewa}
Wednesday, 18 February 2015 | 05:08 | 0Comment




Assalamualaikum pembuka bicara,

harini tangan menggatal nak menaip lah. Kebetulan tadi baru je OTP(atstalipononthephone) dengan
sahabat aku. Ya Allah, rindu banget sihh sama sahabat gue itu. Kalau boleh. nak je aku gi kelantan 
skrg jugak teman sahabat aku tuu. Aku tak sanggup engok dia keseorangan. Tak sanggup. Aku lemah kalau dia lemahhh. Ya Allah,kuatkan kami tatkala diberi ujian olehMu. Bantulah shbtku itu. 

Tadi, ahamdulillah aku berjaya utk tak meleleh. Sebab aku taknak sahabat aku tu tahu yang aku juga sedih. Aku nak dia sentiasa kuat dalam hidup ni. Ya Allah,nak jumpa sangat dengan yana. Bilalah dapat jumpa lagi. Dpt lagi ke aku jumpa sahabat aku tu kat dunia fana ni ?? Ya Allah,rindu sahabat aku. Mana lagi nak dapat sahabat seistimewa sahabatku itu.

Hakikatnya,aku juga lemah dgn perpisahan ni. Liyana, bangkitlah engkau wahai sahabat. Bangkitlah sayang! Allah sedang mengujimu dan menyuruh kamu utk kuat ketika diuji. Sahabatku, tabahlah engkau. Aku taknak tengok engkau sedih. Aku taknak. Dan tak pulak aku mintak utk tinggalkan engkau. Ya Allah,berilah kami rezeki untuk bertemu. Aku rindu Nurul Liyana Mat Zin. Sahabat dunia akhirat aku. Andai aku diberi seorang lagi Liyana, akan ku jaga, akan ku sayang sepenuh hati kerana Allah. Persahabatan kami hanya kerana Allah Taala. Ya Allah, dekatkan hati-hati kami kpdMu. sampaikan salam rinduku kepada Nurul Liyana Mat Zin sehingga aku menjadi kerinduannya.

Tak sanggup dah nak taip panjang panjang lagi. Meleleh sudahhhhhh. Qawiy ya qalbi :')

sekian , wassalam.

: meleleh jugak akhirnya : 


Perpisahan itu sakit}
Monday, 5 January 2015 | 01:24 | 0Comment


Perpisahan ? Sakitkan perpisahan ? Lagi-lagi perpisahan dengan orang-orang yang kita sayang. Angkat tangan kpd sesiapa yang sukakan perpisahan ... Nampak tak yang tak ramai pon yang sukakan perpisahan
tapi terpaksa . Sebab apa ? Sebab ...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Act, aku nak cerita pasal diri aku yang kait bebeno dengan perpisahan ni. FYI, tahun ni ambe dah 16 years old. Before that , Alhamdulillah . Syukran Allah sebab lanjutkan umur hambaMu ini. Tak sangkakan sekejap je masa. Semakin hampir kepada kematian rupanya aku ni. Allahu akbar. :')
Allah, terpesong jap. kehkeh. Aku tak tau bagaimana nak harungi perpisahan ni. As usually, mesti ramaikan budak form 4 yang pindah ? Yeah right. Dan aku adalah salah sorang daripadanya. Can you imagine ? Aku tak leh bayang camne aku kat sekolah baru nanti. Aku takut aku takleh harunginya dengan baik. In fact, manusia ni lemah. Kadang-kadang tak yakin pada diri sendiri right ? Aku memang banyak kali dah fikir pasal hal ni dan sedia utk harungi pelbagai rintangan akan datang. But, the question is .. Mampukah aku ? Seorang hamba-Nya yang terlampau lemah . Seorang hamba-Nya yang dahagakan pertolongan-Nya. Tapi aku yakin . Terlampau yakin bahawa Allah tidak membebai seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. So siapa kita nak persoalkan ujian-Nya. Siapa kita nak merungut bagai bila ditimpa kesusahan. Kita hanya hamba-Nya. Status kita kat dunia ni hanya hamba. Sedarkah kita ? Sangka baiklah dengan perancangan-Nya. Ya ! Sangka baik yang aku perlu lakukan sekarang ni. Sangka baik. Susah ke ? Sangka baik dengan perancangan-Nya. Ketahuilah perancangan Allah itu indah. Kalah perancangan raja-raja , arkitek, doktor malah kita punya rancangan sekalipon. Sekali lagi aku tanya , siapa kita nak persoalkan perancangan-Nya ? Dan jelaslah bahawa kita hanya hamba. :)
To my friends, goodbye. Kita hanya berpisah sementara di dunia ni. Dunia ni fana. Means tak kekal. Di akhirat kelak pastikan ketemu. Allah maha adil. Allah maha mengetahui. Allah maha berkuasa. Mungkin di jannah tempat kita berkumpul kembali. Allahu Allah. Aku sayang sahabat-sahabatku kerana Allah. Uhibbukunna fillah abadan abada. Ceh speaking arab bah. Moga aku terus kuat utk hadapi ujian nanti. Dari sekrang sepatutnya aku kena belajar jadi kuat. Ya kuat ! Kun qawiyan fillah. Apa je ujian yang bakal kita semua lalui , sabarlah ! Kekalkan kekuatan anda ke tahap yang maximum . Allah bersama orang-orang yang bersabar bukan ? So tak rugi pon kalau sabar kan. Allah sayang kita semua. Ingat tu. Jangan pernah sangka buruk dengan-Nya. Wahai qalbi, kuatlah kerana Allah !

bersyukur dengan kekurangan}
Saturday, 13 September 2014 | 03:25 | 0Comment

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)
Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?
BERSYUKUR!
Ya, itulah yang seharusnya.
Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:
“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)
Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:
After every storm there is a rainbow.
Selepas setiap guruh, adanya pelangi.
Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.
Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
Renung-renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
sumber : iluvislam